Feb 7, 2023

SEKOLAH BULAT. SKFK1.

0 comments
EBangunan dibelakang adalah bilik darjah yang berbentuk octagon (segi lapan). Dibina untuk menampung kekurangan bilik darjah bagi SKFK1. Ada 8 bilik darjah yang semuanya berbentuk octagon. "Beautiful, like a Chalet along a beach, the only of it kind in the world" dakwa arkitek dari DARA (Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara) berbangsa Philippines, oleh kerana penubuhan DARA dibiayai World Bank ramai warga asing yang berkhidmat pada masa itu. "Bangang nya engkau, nama sahaja octagon, letrik tidak ada, bagaimana bangunan bilik darjah tiada tingkap?" Saya berkata didalam hati. Masalah tingkap selesai bila pengarah sosial DARA
datang dan kami meminta supaya masalah tingkap itu diberi perhatian. Sekarang bangunan yang cantik itu telah dirobohkan digantikan dengan bangunan baru untuk kegunaan sekolah agama.

Children's Classic Book Art of the Day

Children's Classic Book Art of the Day